So hari last ni ktorang dah plan nak pergi Pink Beach. Mas Adi pun okay je dan dia uang cadangkan untuk pergi hari akhir sebab dia mengambil masa yang agak lama untuk ke Pink Beach ni sebab kena naik boat.
Dah check out dari Hotel zbumi Aditya pagi tu, so ktorang terus gerak ke jeti untuk naik boat ke Pink Beach. Dia macam private boat sebab kita je yang naik boat tu.
Tak ingat berapa lama duduk atas boat tu tapi agak lama la, around 1 hour nak sampai Pink Beach.
Ni jeti dan boat garuda tu yang kami naik.
Kita posing posing dulu sambil layan view :)
On the way nk ke Pink Beach tu Mas Adi bawa ktorang berhenti dua check point. Ngak tahu si nama tempatnya apa. Tapi viewnya memang awesome bangat!
Gambar ni yang paling paling favourite
Hari last so kena la boria sikit. Seluar beli dekat kedai souvenir. Dalam rm15 sehelai.
Dah puas. So kita sambung perjalanan ke Pink Beach...
Okay dah sampai Pink Beach
Sebenarnya tak ada la pink mana pun. Cuma kalau pergi tgk depan depan tu ada la nampak serbuk pasir tu pink pink sikit. Sebelum ni tertipu dengan orang yang edit gambar letak dekat google je haha
Lepak lepak, bergambar semua. Then Mas Adi bawa ktorang g satu pulau ni, untuk berpiknik katanya.
Kelapanya pun enak
Ouh lupa nak bagi tahu. On the way nak ke jeti tadi, ktorang stop dekat gerai untuk beli Nasi Balap Puyuh ni.
Sedap tapi LAGI PEDAS dari ayam taliwang. Menangis merecik aku makan
Dah siap makan semua. Ktorang pun bertolak balik ke jeti untuk terus ke airport. Tapi sebelum tu tukar seluar dulu sebab seluar dh lencun tak selesa dah sebab main air tadi.
So kesimpulannya, sangat lah best & berbaloi travel ke Lombok ni. View awesome. Makanan senang cari. Penduduk baik dan peramah. Dan paling penting semua benda murah dekat Lombok ni hehe.
Ni secara random bajet yang telah kami habiskan
5 hari 4 malam
Tiket flight Air Asia (KL-LOM-KL) RM223 (beli time promo)
Hotel Bumi Aditya + extra bed (1 night) Rp 350,000 (RM100)
Black Penny Villas (2 nights) Rp 1,600,000 (RM455)
Hotel Bumi Aditya (last night) Rp 275,000 (RM77)
Supir Rp 1,680,000
Yang ni ramai tanya, harga tu untuk sehari ke macam mana? Tak. Ni harga keseluruhan. Dari supir tu ambil dekat airport, hantar ke hotel, bawa ke sana ke sini semua. Tapi sebelum pergi, nanti contact supir dulu dan bagi aktiviti kita nak buat dekat Lombok. So supir akan bagi harga. Nak mintak kurang ke apa pandai pandai korang la. Aku ada jgk tawar menawar so dapat murah la juga plus supir ktorang ni memang pandai ambil gambar haha
Aktiviti dekat Gili Trawangan
Sewa basikal Rp 60,000
Snorkling Rp 75,000
Boat awam dari jeti Bangsal ke Gili T (return) Rp 30,000
Cimodo (kereta kuda) dari jeti Gili T nak ke hotel Rp 40,000
Boat ke Pink Beach Rp 600,000
Yang ni share 3 orang bayar, agak mahal. Kalau pergi 4-6 orang murah la
Makan selama 5 hari tu kami habiskan dalam Rp 306,000
Overall tak sampai RM1.5k untuk bercuti ke Lombok ni. Kalau g ramai ramai lagi boleh rendahkan bajet tu.
& ni contact no supir, Mas Adi. Boleh usha instagram dia jgk
Harap dengan entry ni boleh la tolong serba sedikit siapa nk g Lombok nanti :)