Sunday, January 7, 2018

Pregnancy Journey I 2nd Trimester & Perubahan Sepanjang Pregnant

Assalamualaikum hi, lamanya tak menaip. So, nak sambung . Alhamdulillah sekarang ni Hana dah masuk 32 minggu its mean 8 bulan. Maksudnya dah lepas trimester kedua dengan jayanya.

Ingat lagi tak sepanjang trimester pertama dulu Hana langsung tak lalu makan tak ada selera, malas semalas malasnya. Alhamdulillah masuk je trimester kedua selera makan tu terus membara, aceyyy. Berat pun naik mendadak. Setiap dua jam lapar. Dah boleh masuk dapur masak semua.

So entry ni saja nak update mengenai perubahan sepanjang pregnant  yang Hana lalui even baru 32 minggu dan tak bersalin lagi. Nak update apa perubahan yang dilalui sepanjang 2nd trimester. Ni cerita umum okay, mana tahu ada kawan kawan yang baru kahwin nak tahu apa perubahan bila pregnant nanti.




1. Payudara membesar
    Ia disebabkan peningkatan hormon untuk bersiap sedia untuk pengeluaran susu


2. Linea Nigra


Start masuk minggu ke 8 macam tu kot Hana perasan ada garisan gelap menegak dekat bahagian perut. Makin lama makin gelap. Tapi jangan risau, orang cakap lama lama lepas bersalin nanti dia akan hilang. Hehe lega bila dengar.


3. Gatal pada bahagian perut
Yang ni memang normal orang cakap sebab baby bump makin membesarkan. Memang akan rasa gatal gila tapi ops, jangan garu! Sebab nanti akan menyebabkan terjadinya strech mark, strech mark ni susah hilang kalau dh melarat. Setakat ni Hana belum ada strech mark sebab husband marah kalau garu hehe. So Hana beli serum ni untuk sapu setiap kali lepas mandi untuk prevent dari rasa gatal gatal tu.

Hana beli dekat farmasi. Harga around Rm80 kalau tak silap.


4. Cepat lapar
Serious cakap, cepat gila rasa lapar. Boleh menimbulkan kemarahan kalau tak dapat makan. Even baru lepas makan nasi, tak sampai setengah jam dah rasa nak mengunyah benda lain. Tapi takpa ada alasan sebab makan untuk 2 orang kan sebab tu cepat lapar. Pernah dalam sebulan naik 4kg sampaikan waktu monthly pregnancy check up kena pergi refer ke doctor. Tapi doctor tak marah pn. Selagi kita okay, inshaAllah baby pun okay.


So itu je la kot setakat ni. Doakan Hana & baby F sihat selamat semuanya (takut tak tahu bila pula nak update next entry, takut tgk tgk baby dah keluar hehe)



Till here,
Hana