Sunday, February 4, 2018

Pregnancy Journey I Shopping barang keperluan untuk first baby & ibu

Assalamualaikum.
Okay kali ni punya entry macam excited sikit sebab nak cerita pasal persiapan persediaan barang keperluan baby buat pertama kalinya, hehe. SANGAT EXCITED OKAY.

Tapi excited excited pun dapat juga la bertahan sampai kandungan masuk 7 bulan baru start shopping, hehe. Yela orang tua tua cakap tak boleh excited sangat dan jangan shopping terlalu awal. So, Hana dengan husband pun memang tunggu dah masuk 7 bulan baru shopping. Tapi terpulang la pada pasangan masing-masing.
Nak beli awal sebab ada sale ke apa. 

Kami punya situasi alhamdulillah la, kandungan masuk 7 bulan tepat pada bulan 12. Maksudnya bulan 12 memang bulan Sale kan, hehe. List barang yang wajib ada dan dibeli untuk baju newborn semua memang dah lama buat time 2nd trimester hari tu, tinggal nak terjah kedai baby je.




So, barang first yang Hana beli ialah Set Botol Susu Newborn. Sebab apa beli ni dulu? Sebab kirim dekat Personal Shopper yang pergi Expo Baby dekat Midvalley bulan 11 hari tu. 

1. Botol susu

Hana beli newborn starter set jenama Tommee Tippee.



2. Baju newborn / Swaddle (kain bedung) / Socks dll.




Baju ni la part mama & papa dia paling excited, hehe. Tapi untuk baju size newborn kami tak beli banyak pun, cukup untuk seminggu. Then basuh basuh. Sebab orang cakap baby cepat membesar. 
Hana banyak beli baju 3-6 bulan ke atas macam tu. 

Swaddle atau kain bedung baby punya la comel comel. Geram je tengok. Tapi nak bagi tips, kalau nak murah, beli dekat Shoppe je. Kalau dekat instagram RM30 sehelai. Dekat Shoppe RM9 sehelai pun ada hehe.

Mitten & Booties beli tak banyak sebab kakak ipar suruh ambil yang anak dia punya je sebab dia cakap benda tu pakai dalam 2-3 minggu je. Dia cakap kalau nak beli, beli socks je. So jimat la sikit dekat situ hehe.


3. Grooming set & Toiletries Stuff



Ni bahagian grooming + thermometer. Body top to toe cleanser sebab newborn lagi so shampoo rambut tak payah lagi. Bepathen cream untuk nappy + nipple. Sterimar + nasal inspirator kalau nak sedut hingus. Semua ni kebanyakkan list orang yang berpengalam bagi suggestion.

4. Pampers newborn 

5. Baby wipes

6. Baby cot + set tilam 
Yang ni Alhamdulillah rezeki anak mama, disponsor oleh Tok Ma (mak mertua hana).

7.  Baby gear
Baby gear macam stroller, baby car seat & baby carrier tu semua tak beli lagi. 
Plan habis panting nanti baru nak beli hehe. 



Ni bahagian mama pula. Apa yang mama beli.

Set berpantang Nona Roguy + bengkung.



1. Maternity pads 
2. Disposable panties
3. Hakka Milk Collector
4. Socks 
5. Breastmilk Storage Bags
6. Breast pads


Yang keperluan lain kain batik tu takda la dalam gambar sebab tak beli, memang dah ada.


Okay setakat ni je la apa yang boleh share. Baby dalam perut ni asyik menendang je dari tadi so otak mama ni tak berkembang nak taip apa lagi hehe. Dah 37 minggu ni baby tak sabar nak keluar ke tu? Okbai. Doakan Hana & baby selamat dipermudahkan semuanya. Thanks korang!


Till here,
Hana