Thursday, August 4, 2016

Macau - Hong Kong - Shenzen - Guangzhou trip Part 2



Curi masa untuk sambung entry ke China hari tu. Sebab if tak curi masa sekarang, tak ada dah la sambungan. First sebab dah makin sibuk dengan preparation for my big day and with my bussines lagi plus dah basi cerita trip ke China ni nanti plus dah lupa nak cerita apa nanti. Ni pun macam dah ingat ingat lupa nak tulis apa, hehe.

This entry might be too long sebab malas nak buat part part lain dah.




So, lepas balik dari Macau, ( previous entry ) Biha dengan I stay one more night dekat Hong Kong. Keesokkan harinya check out then terus ke Shenzen, dengan mengangkut backpack sekali sebab akan check in dekat Guanghzhou plak untuk dua malam.

Dari HK ke Shenzen kami naik train. Tak ingat berapa lama, around 1 hour je rasanya. Sebenarnya bukan nak berjalan sangat dekat Shenzen tu tapi saja nak check in. Kami just masuk Window of the World (WOW) je.

Tiket masuk WOW ni 160 yuan.


Disebabkan takda apa apa sangat aktiviti dalam ni. So kami menggedikkan diri pakai kimono. 30 yuan.








Eh tetiba sampai Paris pula, hehe.

Dah habis pusing dan beli souviner semua, terus ambil metro untuk ke station train Shenzen sebab kami tinggal backpack dekat locker. Then terus gerak ke Guangzhou dengan menaiki train juga.

Sampai pun dah malam then check in dekat East Asia Hotel. Hotel ni not bad la. Ramai juga orang Malaysia yang memang datang untuk boring barang stay hotel tu. Yang pastinya hotel ni dekat dengan Metro dan dekat dengan tempt kami nak pergi survey kain tu.


Okay hari yang berikutnya ni la sebenar benarnya tujuan kami ke China. Survey kain untuk our collection. Sampai sampai kawasan tempat jual kain tu, yaAllah tak cukup nafas sebab tergamam gila tengok pelbagai jenis kain rasa nak stay situ terus! Dah la macam macam jenis kain yang tak ada dekat Malaysia boleh dapat dekat sana. Rasa nak borong semua. Tapi sabar sabar. Survey dulu sebab first time kan. Biha dengan I memang excited habis la time tu.

Seharian juga survey kain sampai dah lewat petang baru nak cari lunch.




Ha ambil kau, segala jenis kain ada. Banyak kalau nak senarai. I will come back here again, sure!

Last day , yes memang patutnya our last day dekat China. Nak tahu kenapa 'sepatutnya'? Kena tunggu sampai habis entry. Okay our last day, just nak pusing pusing Guanghzou cari souvenir semua.

Pagi pagi dah menapak ke Canton Tower.

Bukan acah acah pakai coat, tapi memang sejuk gila.


Nak dijadikan cerita, lepas dah habis jalan jalan dekat Canton Tower ni, kami ambil Metro untuk ke mall nak beli souviner, on the way tu Biha check dia punya gopro tak ada dalam bag dia. Okay memang panik gila la. Kami ambil teksi then terus patah balik ke Canton Tower tu. Pusing punya pusing, then Biha dah give up. I cakap relax kejap I tolong carikan lagi sekali. I pergi dekat tong sampah dekat tempat kami stop untuk minum air tu and guess what. Yes, gopro Biha dalam tong sampah tu! Haha. orang yang jogging dekat situ ingat benda mainan kot diorang main buang je. Tapi bagus la dari diorang ambil kan. Haih alhamdulillah. Suspen betul.

Then kami pun teruskan la perjalanan ke mall untuk cari souviner sebab malam tu dah flight balik Malaysia. Dah habis pusing beli souviner, kami pun balik la ke hotel untuk packing barang barang yang beli tadi. Bag semua memang dah ada dekat lobi sebab kena check out pukul 2 kan.

Dah habis packing semua, Biha datang dekat I mintak duit teksi untuk ke airport yang kami dah asingkan tu... Time ni la ada satu incident yang sangat sangat la tidak diingini berlaku! Passport I hilang. PASSPORT HILANG OKAY! Dah la flight balik malam tu,  macam mana ni macam mana. Biha dengan I memang dah panik tak tahu nak cakap macam mana dah la.

Patah balik ke mall cari, tanya orang dekat kaunter, check cctv level ke level kami dah pergi tadi tu. call polis semua la. Dah la nak gelap dah. Flight lagi 3 jam.

YaAllah.

Dengan cik abang I keep texting, punya la dia risau.

So, memang tak jumpa. Dan Biha terpaksa balik even muka dia pun tak sanggup gila nak tinggal I sorang sorang. Tapi I faham, flight nak beli baru 1k something. So I pun cakap, balik je I will be okay InshaAllah.

Malam tu I tido airport lepas hantar Biha. Biha nyaris nyaris tak dapat fly sebab pintu ah nak tutp but alhamdulillah sempat tipis tipis. Yes I tido airport. My family semua memang panik keep texting, cik abang I tak tido sebab risaukan I. Yeah I menangis tapi takda la meraung sebab dekat airport kan.

I stuck dekat Guanghzou 1 week. YES 1 WEEK. Sebab kena pergi ambassy bust visa buat passport sementara and you know what dengan esokknya tu hari krismas la apa la office tutup. I tak boleh nak check in any hotel sebab diorang nak passport if nak check in. Nasib la kaiak I jenis suka travel juga so dia ada contact Muaz ni dekat fb then bagi I contact no Muaz tu. Muaz tu memang biasa keluar masuk Guanghzou dan dia ada pekerja dekat hotel yang I stay tu. So pekerja dia la tu banyak tolong I. Dia contact ada bekas student Malaysia yang stay dekat sana bekerja as a translator & tourist guide. I stay seminggu tu dekat rumah kak syu tu la. Alhamdulillah. Kak syu dan shida baik gila. 

Dah la, penat menaip. I need to stop here. Tapi tapi, I akan update entry pasal macam mana nak handle if passport hilang dekat negara orang. Sebab benda ni penting gila untuk take noted. 


Till here, Hana.